Follow Me, Friends

Showing posts with label BPA FREE. Show all posts
Showing posts with label BPA FREE. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Botol Susu BPA-Free

Ermmm..sejak kecoh2 psl pengharaman botol susu kt pasaran ni...tetiba cam dtg keinsafan nk gi carik botol susu bpa free..tp masa tu sbbkan bzdobi keje so kena tunggu wiken baru blh pi beli..ye la, kenkadang kita xtau sejauh mana kesan botol susu sedia ada dgn kesihatan anak2 ni kan?

last 2 weeks pi jenjalan kt Jusco Wangsa Maju..sambil2 window shopping sempat la gi bhgn yg jual barangan bayi kt ujung tingkat 1 tu! ronda2 kt area stroller, baby cot, baju2 sumer biasa2 jeee..tp smpi je kt bhgn botol susu tu diaaaaa! cam pesta! penuh parents kt situ..sumer tgh carik botol sus..ni dh agak ni..sumer nk carik yg bpa free! bagus..bagus..so, sbbkan ramai sgt, i pon round2 tmpt len dolu la..pastu agak2 dh clear pi sana..byk jugak botol susu kt Jusco ni ye? selama ni dok beli kt Butik Manjaku je either kt Seri Gombak or Medan Idaman. Ni first time la beli botol susu kt Jusco! 

mcm2 brand gak kt situ..ader Pureen, Pigeon, Disney, Avent, ermm. yg len dh xleh ingat! tp yg paling mahal for sure la Avent almost RM65/ bottle followed by Pigeon around RM40..tp i bli yg standard price je dlm RM9 - RM20..ehe! bkn kedekut tau tp mcm x berbaloi beli mahal2 sgt padahal botol susu ni nak kena tukar selalu! sebabkan ada dua org hero kt umah tu, so i beli 4 botol susu yg pelbagai saiz & colour & jenis! (rasanya anak x kesah pon pakai botol ape pon to mama diorg je yg excited nk beli! as usual) so, ni la hasilnya!

[from left] BPA FREE-Crystal Glass-PP

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?

Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.

Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.

Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

BOTOL SUSU BPA FREE????

Ermm..smlm ader member fb postkan link psl isu botol susu yg ader BPA..mmg la selama ni tau psl risiko guna botol plastik ni tp wat derk je la! biler kerajaan dh kuarkan statement tuk HARAMkan seuma botol susu yg ader BPA, baru la timbul kesedaran sivik kt hati ni..xpe2, pasni mam belikn botol susu mahal (mmg mahal pon yg BPA FREE ni kan? uwaaa) kt hafiy & syafi eak? tp yg x beshnye biasanya yg BPA FREE ni botol sumer x fancy, x colorful..huhu! cnth  botol susu BPA FREE cam AVENT, MAM, PIGEON, etc..biler ak nk gi carik botol susu baru? x sabo nk shopping2 nih! ujung mggu cam lmbt jeeeeee....blh tunggu kew? td smpt gak google psl "BOTOL SUSU BPA FREE"..mcm2 artikel ader tp maleh nk baca! huhhhh! kt bwh ni ader link keratan akhbar 13 Mac 2011 berkaitan pengharaman botol susu BPA. Sila baca...