Follow Me, Friends

Showing posts with label Pole Dance. Show all posts
Showing posts with label Pole Dance. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Pengharaman Tarian Poco-Poco di Perak


Sekarang ni timbul isu tarian poco-poco yg telah diharamkan di Negeri Perak. Disebabkan pengharaman tersebut, maka pelbagai statement & artikel dikeluarkan samada di media massa mahupun tersebar luas di internet (cnthnya mcm blog sunz ni haaa..) saya terpanggil utk melihat isu pengharaman poco-poco yang dikatakan bersamaan dengan acara yang dilakukan oleh penganut Kristian. Mengapa ada pihak yang menentang pengharamannya? saya tidak tahu.


Saya sendiri secara peribadi memang tidak mengikuti tarian poco-poco ini walaupun sering dianjurkan oleh Kelab syarikat pada setipa bulan. Saya cuma terfikir kenapa isu pengharaman ini digembar-gemburkan sedangkan banyak lagi isu lain yang boleh diperkatakan

Cnthnya mengapa "Tarian Tiang" atau lebih glamer dengan panggilan "POLE DANCE" yang dahulunya ditarikan oleh penari b***l di kelab-kelab malam tidak diharamkan sedangkan pada masa kini ia turut dikomersialkan? Pada pandangan peribadi saya, tarian ini adalah tidak bersesuaian dengan adab & cara hidup masyarakat Malaysia secara amnya dan Kaum Melayu secara khususnya. Malahan ramai wanita melayu yang berbangga dengan menjadi Jurutari tarian ini?