Follow Me, Friends

Wednesday, February 15, 2012

DAH SAMPAI DAAAHHHH~~

Akhirnye.....

Samapi gak package daku! Setakat shopping barang2 on9 mmg expert! Tapi kali ni lain sket coz barang yg daku oredr adalah NOVEL MELAYU! haaa..pelik kan nape nak besarkan perkataan tu kan? tapi kalu x pelik..xpe lah! haha

Ieza ni bknnye penggemar novel melayu..bkn xmo baca tapi mmg x minat nk baca..tapi tu la..lately ni asik dok ngidam novel melayu la plops! nape eak? Agak2nye cara olahan citer yg dh beza dr zmn dulu2 la kot? ntaaahhhh..

Pas buat sket keje tamak..maka terbeli la 3 novel! 1 novel MAID dr KAKINOVEL, pastu novel JAJA & DIN + CINTA TIGA SUKU dr SHAHPUTRA NOVELS HOUSE. Ape x tamaknye..yg ader kt umah ni lg 3 novel blom baca lagi noksss..!!

Monday, February 13, 2012

Walking Down the Memory Lane

Semalam kemas barang2 daku yang dah jadi "tukun" kt umah mak..Dalam guess room tu (chewah! guess room la ye sbb sape2 yg dtg bleh book bilik tu..hehe) ada 2 big containers yg ader segala harta karun daku since skolah & U-time dulu..

Almost 10 years harta karun tu dok dlm containers..sebelum2 ni bknnye x pnh kemas tapi...nak buang sayang lak! Mcm buku2 teks tu sumer baru2 lagi..ader tu mcm xpnh bukak je kan? hehe..

Tapi kali ni dah nekad nak hapuskn sumer tu..ye la, kalu buku teks tu kan dah outdated skrg ni? Bila check dlm tu ada majalah Galaxie thn 2003-2004..ader majalah Mastika dr tahun 1990an..pastu buku2 teks U..surat2 lama time skolah dulu! hehe..

TAPI..mmg memori la sumer tuh! siap slip exam pown simpan lagi tu..tiket Bas Mini..haha!

TEXT BOOKS

EXAM SLIP

LIBRARY KAN PON ADA?

Thursday, February 9, 2012

PUSAT REKREASI SEDAYU

Pernah dengar x? frankly speaking Ieza baru je dgr last week! tu pon sebabkn abang ngn kakak ajak di mandi-manda kt sana..

Tapi tmpt ni mmg besh gak la..:-

1) Air dia x laju cam kt Ulu Yam & cetek cam kt Sungai Gabai/ Bukit Belacan
2) Orang x ramai mught probably sebab x ramai org tau kot
3) Xde la jauh sgt dari rumah
4) Boleh park kete btol2 kat tepi air tu kalu nk berkelah! hehe..(giler malas!)

Lokasi: Batu 12 3/4, Jln Bentong Lama, Alang Sedayu, 53100 Gombak Utara, Selangor Darul Ehsan.

So, ni la hasilnye..xleh kasi tgk byk2 tau! klu nak cer google sndrik k..:)

NOVEL : DOKTOR CINTA vs KAMPUNG GIRL

SINOPSIS DOKTOR CINTA:

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.


SINOPSIS KAMPUNG GIRL:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?


NOVEL : BINI AKU TOMBOY KE?

Kalau korunk tanya Ieza, bBEST! tu je la..hehe! (ni sbb jakun jarang baca novel)

SINOPSIS:

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

 Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?

Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?


ULASAN AMATUR DAKU: CHRONICLE 2012

Kali ni movie Chronicle lak! Ieza tgk masa released day aritu..komen mmg cam besh sgt la! Tingin gak nk gi tgk..Ieza membayangkan ala2 macam "I am Number Four" la kot coz ader spesel power segala bagai!

Skali???? Chissss...mmg senang citer JANGAN GI TENGOK la!! mmg citer Gred B nih! ntah pape..dah la buat kamera ala2 Blair witch Project..tapi..fenin pala jek nk tgk!

Ni kisah spoilt brads yg dpt kuasa secara x sengaja..power tu mmg makin hari makin hebat tapi sorg ni sebabkn ala2 psyco sket..dia guna sesuka hati..

Kesimpulannya nng ntah pape la! SEKIAN

ULASAN AMATUR DAKU: SUMPAHAN KUM KUM

Memula tu xde la tingin nk tgk citer ni..hingatkan ala2 kum kum the series kt Astro Prima yg Didie Alias berlakon tu je kan? Skali ader lak org yg cakap besh..Dan-dan tu gak nk gi tgk! Tapi kali ni gi tgk ngn adik-beradik je..en. hubby x itot! hihi..

Awal2 tgk dah ader antu! fuhhh..sereeemmm...pastu antu lagik! pastu suspens lak! antu pon mekap menarik gak..xde la poyo cam sesetengah citer len tu! Bila Ieza tgk citer ni..tingat kt Khurafat! Stail suspens ngn olahan tu lebih kurang sama wlu pon x serupa!

Kesimpulannya Ieza rasa berbaloi gak la tgk citer ni wlu pon ending x bape nk "menangkap"! senang sgt endingnye cik kiah oiii..:)

TOMMEE TIPPEE CLOSE TO NATURE

Akhirnya.....

Beli gak botol susu ala2 mahal nih! (aku la nk ckp mahal coz slalu beli yg rege RM15 - RM20 je) Bukan ape..saje nak test besh sgt ke guna botol susu mahal ni? Ada beza ke dgn brand yg besa2 tu? errmmm..so, saje gatai2 tgn pi beli brand ni haa! tapi x lekeehhh..hamik yg 12oz gitu! 2 lak tu...ye la, 1 untuk Danish Hafiy, 1 lg untuk Syafi Rayyan!

HARGA? klu normal price RM31.90/ sebotol..tapi Ieza carik gak smpi dpt yg jual murah..kt FB pon x dpt rege besh nih tau x? Pas diskaun dpt la RM21/ botol? korunk rasa murah ke? okey la eakkk? hehe..sambil2 browse website tu gatai2 lak tgn pi "add to cart" trainer spout nih! rege buleh pensan gak nih! RM28.90 eak! fuhhh..

Ni la dia btl yg dibeli..chomey idak?

DAKU GILA NOVEL!

Huhu..klu org len baca tajuk ni musti gelak beso kan? "alaaa..mcm dier sorg je baca novel eak?" tapi tu la..diorg xtau bahawasanya Ieza ni bkn penngemar novel melayu! sumer kt opis ni mmg sgt maklum lah!

So, bila diorg tgk ape kemaruknya nak membeli belah novel melayu..suma ala2 felik tapi benar! hakhak..

Sbnrnya minat ni baru je muncul smenjak dua menjak nih..slalunya mmg dr skolah rndan dok baca novel omputeh je (tapi speaking x ke mana sgt pown! hehe..) tapi tu la..skrg ni bila tgk novel omputeh jadi cam.."ish! nmpk mcm besh tapi bila bkk baca selai dua x besh la pulok!)..haaa...camtu la jadinye! last2 x beli..

Credit tu "Kemboja Puteh" coz dia la nk membuatkn daku terigau2 novel melayu nih..muah2!

Novel awal2 skali yg Ieza beli aritu KASIH YANG SUCI, LILY UNTUK NAJAH & SUTERA BIDADARI.

Yang lawak tu sebabkn suma buku2 ni org yg rekemen, so asal gi tnya kt bookstores xleh nk bgtau sape penulis! huhu..sengal gak kan?

Nway, harap2 x berkekalan la eak hobi ni..cam cpt jek abis duit daku! haha..

Thursday, February 2, 2012

WHY I DIDN'T UPDATE MY BLOG?

Sejak 4 mggu yg lalu Ieza bz sgt kt opis ni..1, sbb jadi 'Central Committee' utk OTPEW yg mana dah pun dijalankan dengan jayanya pada 16 - 20 Jan 2012 aritu di Bluewave Hotel, Shah Alam. Dalam masa yg sama Ieza jugak jd Secretariat utk Asia Pacific Economic Conference (APEC) yg dah pun selesai pada 30 - 31 Jan 2012 aritu. So, baru skrg ni rasa relax sket! 

NEW TV IN DA HOUZ

Okay..pas dh citer psl water heater..nak la citer psl tv baru lak! huhu..tapi bkn utk meriakkn diri ye..ntah2 org len lg la beli tv 52' per? harga RM3000-RM4000? Yg Ieza beli ni murah je CNY promotion! 

SHARP AQUOS LCD TV (LC40LE530M)..ni la modelnye..LCD TV with LED monitor..40' je..HARGA? masa beli tu RM1999 tapi normal price RM2699 (org kedai tu la yg ckp..klu dia tipu xtau lak ek!) 

Ok la kot utk Ieza yg jarang2 tgk tv nih.. 

FEATURES:-
  • Full HD panel (1,920 x 1,080 pixels)
  • Brightness control with ultra-brilliant LED and high transmission
  • 1080/24P Signal Input
  • Advanced OPC (Optical Picture Control)
  • SRS TRU Surround HD
  • 10W X 2 Speakers
  • Swivel ( Base / Stand)
  • Hotel mode compatibility 
Ni gmbr cantik dier..:)

Ni rupa pas psg kt dinding skali dgn bracket

BARANG BARU? WATER HEATER JE..

Salam 1Malaysia, 

Hari ni Ieza nak bercerita secara ilmiah ttg pemanas air aka Water Heater yang dibeli. Bukan nita utk menunjuk2 apantah lg meriakkan diri! no..no..no..Just something I like to share with my friends out there mana la tau ada yg tingin nak beli kan?

Actually masa memula pindah rumah dulu Ieza dah beli brand Rubine w/out pump (tu pown sbb bajet murah dlm RM200 je masa tu). Ingatkan xde beza la kan either ada pump/ not. Tapi Ieza silap sebab rupa2nya kalu uols tggl rumah teres yang ada tank air atas ceiling tu..u better go for a pump types of water heater. SEBAB? the pressure is really-really that slow sampai air yg kuarkn tu mengalir je..huhu! mmg dasar xleh nk mandi pown.

So, after a few readings..surfing & mcm2 lagi..Ieza jumpa 1 forum ttg water heater kt cni -----> http://forum.lowyat.net/topic/512895/all

PEnat gak la membaca. Tapi slps membuat perbandingan, Ieza rasa Brand ALPHA (made in Malaysia) yg paling okies la kot? Tgk kt ESH Sri Rampai ada banyak lekat kt dinding..ada 1 model baru Alpha Smart Series 18EP. Ada 6 warna metalik yg mmg terbaek + slim design. HARGA? ehem! xde la murah sgt tp Ieza expect better performance so beli je la kan? RM598 (with pump) + RM60 (installation). Lps diskaun dpt la RM538 + RM60 (cer tambah sndrik la eak)
Jenis ni selamat sket sbb slps Alpha disaman 2x gara2 kematian (tapi diorg menang ye sbb salah wiring bknnya disebabkan water heater), diorg comes out dgn manual button utk activatekan pump tu..maknanya time nk guna baru tekan. Kalau brand lain uols on je suis automatik pump tu "hidup". 

Ni la rupa model ni! So far, Ieza mmg puas hati walaupun pump ni bkn jenis silent, tapi bunyinya xde la kuat sgt! just nice untuk telinga tu..hehe! pastu water pressure pon sgt kuat walaupun Ieza bukak skali dgn paip air biasa.

Ni rupa cantik water heater tu

Ni rupa bila dh pasang kt bilik air