Follow Me, Friends

Friday, April 15, 2011

Durian oh! Durian [& Fakta Tentangnya]

Aku mmg gilerkan suka durian! tp..yg x sukanye durian ni tumbuh bermusim..bukan hari2 ada jual kt pasar malam..since preggy last yr smpi la Syafi umo 6 bln ni x smpt nk bermesra2 ngan durian! Korunk suka x coz sesetengah org x suka bau yg kuat & rasa pon susah gak nk ckp coz isi dia lembik2 gitu! huhu..

Smlm akhirnye berjaya jumpa Lori jual durian yg aku tunggu2 selama ni! aku ni kira2nye pelanggan setia pakcik & makcik ni coz dr Hafiy kecik lg dh bli ngn diorg! dpt diskaun lg maakkkk..

So, aku dptkan sket info psl durian ni wlu pon ni la pestime aku sndrik pon baru tau..(*_^)

  • Setiap 100 g isi durian mengandung 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta memiliki nilai tenaga sebesar 520 kJ.

  • Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor yang baik untuk kesihatan menyeluruh sistem saraf dan penghadaman.

  • Saiz panjang buah durian mampu mencapai 30cm dengan diameter 15cm, dan biasanya dengan berat 1-3 kg. Bentuknya pula terdapat lonjong sehingga bulat, dengan warna kulit hijau tua sampai coklat dan dengan warna daging kuning muda sampai ke merah oren, tergantung dari jenis buah tersebut.

  • Menurut wikipedia terdapat lebih dari 55 jenis durian, tidak termasuk durian klon, antaranya adalah; -Durian burung -Dalit -Alau -Royal Brunei -Durian Anjung Lima -Tenom Beauty -Kekura -Raden Mas Ayu dan Diamond King.

  • Durian dianggap sebagai makanan panas, dan sehabis makan durian biasanya tubuh kita akan berpeluh. Untuk mengatasinya, tuangkan air pada bagian kulit buah yang telah kosong, lalu diminum. Selain itu, musim durian biasanya semusim dengan manggis yang dianggap dapat menyejukkan badan jika dimakan bersama.

  • Cantik Menarik Tertarik Ko Memang Sedap!!
     
  • 1 comment:

    kakchik@ella said...

    kc suka sgt mkn durian. In fact tgh teringin sgt2 ni. tp tu la .. nak tunggu hari siang .. mkn durian terus kat tmpt org jual. nak bawak balik malas. hihi ..