Entry kali ini adalah lanjutan daripada N3 Status Halal Secret Recipe. Saya terpanggil untuk menulis kali ini berhubung mentaliti segelintir masyarakat di Malaysia ini.
Seakan-akan satu trend akan muncul email-email yang disebarkan berhubung status halal sesuatu produk mahupun brand terutamanya brand antarabangsa di Malaysia ini. Saya amat berbangga dengan keprihatinan masyarakat Melayu khususnya berhubung perkara ini kerana "MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU".
Tetapi..tetapi..dengan syarat jangan mempercayai dengan membabi-buta! Kita perlu selidik dahulu kesahihannya..Jika benar, maka hindarilah ia!
Apa yang menjadi kemusykilan saya adalah mengapa masyarakat amat tersentap dengan kenyataan seperti DNA B*** di dalam produk syarikat-syarikat besar ini? Pada saya, untuk sesuatu rangkaian syarikat makanan antarabangsa memasuki Malaysia lebih sukar untuk mereka menipu status produk yang dikeluarkan! Kenapa saya berkata begini? Cuba fikir, adakah syarikat-syarikat gergasi ini sanggup mengambil risiko kerugian berjuta-juta ringgit sekiranya terbukti menyediakan bahan yang tidak halal? Adakah JAKIM akan membenarkan mereka beroperasi dengan GAH tanpa melalui pemeriksaan Halal dahulu?
Pada saya, kita patut lebih memikirkan status halal produk kecil-kecilan yang kita makan setiap hari. Contoh paling mudah, sekiranya kita membeli Yong Tau Fu di Foodcourt yang bukan kepunyaan pemilik beragama Islam, ada kita rasa ragu-ragu dari mana semua bahan seju beku itu diperolehi? Tiada kan? Sekiranya kita membeli mi basah di supermarket, ada kita semak ia datang dari mana? Tiada kan? Sekiranya kita membeli Makanan ringan yang dipenuhli tulisan Cha Alif Ya Nga, ada kita semak status halalnya? Tiada juga kan? Kita makan di Shopping complex yang tukang masak/ pelayannya tidak dapat dipastikan keislamannya, kita tetap membelinya juga..Ada kita was-was dari mana datangnya sumber ayam dan daging yang digunakan dalam masakan tersebut? Sila maklumkan saya jika ada yang begitu prihatin!
Pada saya, syarikat kecilan2 ini lebih berpotensi mengeluarkan produk tidak halal berbanding syarikat gergasi yang pasti tidak mahu tercalar imej korporatnya.
No comments:
Post a Comment