Follow Me, Friends

Friday, August 12, 2011

HATI-HATI DGN PENIPUAN MELALUI TELEFON!! (KAD KREDIT KUNUNNYE)

Ok, ni latest terjadi kt hubby ptg smlm..ader org ngaku dr AEON Credit Card call kununnye ader org apply & guna kedit kad hubby kt S'pore RM9600. Kad tu kununnye apply pada 5hb Mei..Tapi disebabkan i keje ader kaitan ngn enforcement so i dh tau sgt la mende ni! So, i ajar hubby nnti klu org tu call blk, tnya FULL NAME dier, mntk OFFICE ADDRESS, mntk STAFF NO., tnya dier FULL CARD CREDIT NO. yg dier mention tu..hehe! jaat x iiii...? pahtu terus dier letak x call2 lg..korunk pon klu kena jgn panik! Klu btol ader penipuan kad kedit pon, just ckp kt org tu camni..
"U bg i full details psl kad tu skali ngn ur contact details nnti senang i nk wat report polis..u xyah susah2 coz pasni i check sndri ngn bank yg berkenaan xpon dgn BNM ye.."

Klu nk tau diorgnye Modus Operandi (MO) cer baca ni..

Salam semua untuk kawan2 yang ku kasihi,


 Disini ingin aku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang telah mengajar aku supaya lebih berhati-hati dgn setiap panggilan yang diterima daripada org yang tidak dikenali…bukan bertujuan apa2, Cuma tidak mahu kawan2 semua terima padah seperti yang telah aku alami…

 Pada 9/8/2011 (selasa) suami saya telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki (Cina) no. yang tertera hanya 4 digit shj, mengaku daripada AEON (kad kredit). Lelaki tersebut memaklumkan bahawa suami saya telah menggunakan kad kredit tersebut sebanyak RM9,600 di Singapore pada 3/6/2011. Suami saya memaklumkan bahawa dia tidak pernah apply kad kredit AEON dan mmg tidak pernah ke Singapore. Bila bertanyakan IC no suami saya mmg lelaki tersebut menyebut dgn tepat. Yang peliknya kad kredit tersebut  di apply di Johor pada 5/5/2011.
Setelah bertekak sedikit dia menyuruh kami menunggu panggilan daripada Bank Negara (bhg aduan) kerana dia akan memaklumkan perkara  tersebut kepada Bank Negara. Selepas setengah jam Bank Negara menghubungi suami saya (perempuan cina) dan ayatnya mmg teratur dan mmg kami tidak menyangka  itu hanya tipu semata2. Mmg betul2  terasa tertipu sgt2…kononnya selepas sesi soal siasat dgn perempuan (c) yang mengaku dari Bank Negara tadi dia memberikan satu no. rujukan aduan…mmg lagi tak sangka kena tipu. Perempuan tersebut memaklumkan akan  ada seorg pegawai penyiasat yang akan call untuk blocked kad tersebut dalam masa 3 hari. Jadi sekiranya ada duit yang keluar dari suami saya punya akaun Bank Negara akan terus tangkap org tersebut.
Selepas 2 jam mmg ada seorang lelaki call (suara mcm lelaki melayu – Jefri) tak sure sangatlah…suruh pergi depan ATM Maybank, sbb akaun Maybank…so, ikut arahan dia…semuanya pakai kod, skrin yang keluar pun lain daripada biasa, kononya tukar no pin, no pin tu dia yang bagi…last masukkan no pin…duit terus transfer….tertera perkataan transfer kat skrin, rupanya no pin tu no akaun dia…habis…Alhamdulillah duit tak lah banyak kat akaun tu, kalau tak langsung lah…banyak tak banyak pun hampir 4k jugalah, berkejar masuk ke dalam Maybank jumpa pegawai utk cancel, tapi pegawai tersebut kata dah tak boleh sbb transfer ke bank lain (ambank)…memang kes naya…report polis pun bukan boleh dapat bailk duit tu, Cuma pihak polis akan siasat sahaja…masa buat report tu kami org ke-4 untuk hari tu buat report  yang mcm tu…
itulah harap kawan2 semua hati2lah yer…ini bukan rekaan…

No comments: