Pada pendapat Ieza itulah yang sering terjadi pada kebanyakan masayarakat hari ini. Bila sesuatu hal berlaku, tersebar macam biji benih yang ditiup angin (cheeewah!) dan akan dikongsi berkali-kali di Facebook..maka ramailah yang akan berkata-kata..ramailah yang akan mencaci nista..ramailah yang akan mengata-ngata..dan kenyataannya..kebanyakan dilakukan tanpa usul periksa?
Ieza memang banyak saksikan perkara begini berlaku..tetapi kali ini Ieza terpanggil untuk mengulas sedikit berkaitan isu sensasi dan perkongsian video kekejaman sebuah taska yang dikatakan berlaku di Taman Kosai, Masai? Di mana? tentulah di Johor!
Sejak sehari dua setiap kali membuka FB, pasti ada sahaja video ini dikongsi di "wall" rakan-rakan..cuma tajuknya sahaja yang mungkin berbeza tetapi..video masih sama?
Selepas membaca Harian Metro semalam (29/02/2012) di muka hadapan..didapati video tersebut merupakan sabotaj yang dilakukan bekas pekerja taska tersebut bagi menjatuhkan majikan mereka! Dunia semakin kejam ye? Demi dendam kepada majikan, kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa mainan mereka..:(
Ieza tunjukkan video yang diperkatakn ramai & keratan akhbar sebagai rujukan..Renung-renungkan..Ieza akan kembali dengan isu yang lain pula (^_^)
No comments:
Post a Comment