Follow Me, Friends

Monday, April 1, 2013

Al-Baghdadi, Teknik Belajar Al-Quran

Salam,
 
Kali ni entry yang agak Islamik sikit tapi amat sesuai untuk dijadikan panduan dalam memilih kelas belajar Al-Quran.
 
Untuk mudahkan korunk sumer, boleh check it out sndiri kat website Al-Baghdadi SILA KLIK SINI. Kat website ni dah terangkan serba sikit tentang teknik pembelajaran Al-Quran yang diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi. Teknik ni mula diperkenalkan pada awal tahun 2009. Yang menariknya sebab teknik Al-Baghdadi menggunakan alat ketuk yang dikatakan mampu menarik perhatian pelajar untuk memahaminya.
 
 
Pastu kalu tengok website tu nampak cam 1 Malaysia ada cawangan Al-Baghdadi yang dipanggil "Al-Baghdadi Training Centre. Satu lagi, ader gak Al-Baghdadi Learning Centre, Haaa..klu korunk nak tau beza dua jenis ATC & ALC ni..cer baca sndri kt sana ye..:)
 
Satu lagi, Al-Baghdadi ni dah dapat penghargaan dah pon..siap masuk The Malaysia Book of Records kerana "Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre ( Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) setelah memiliki sebanyak 13 buah rangkaian ATC dan 535 buah ALC diseluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Pengiktirafan ini diterima dari pihak The Malaysia Book Of Records melalui sepucuk surat yang telah diterima pada awal minggu ini".
 
Sebenarnya kalu ikutkan banyak pakej yang ditawarkan oleh Al-Baghdadi nih..klu korunk check kt website tu..ader macam2! ader untuk dewasa..ader fokus pada kanak-kanak..
 
Tapi pas panjang lebar citer..just nak bgtau sebenarnya aku dah daftarkan Hafiy (aka anak sulung umo 6 thn) kt ATC Melati Utama. Masa pegi tu, ada la jumpa Ustaz Faizal. Dia explain pasal teknik belajar..pastu tunjukkn demo sket guna alat ketuk..then ada la video yang diambil masa kelas dewasa tu..Teknik memang agak glamer coz ader digunakan di Astro Oasis (Channel 106) dan juga dipaparkan di surat khabar minggu lepas.
 
 
Ok, nk mudahkan citer..Registration RM75 (nanti akan dapat 1 buku Aktivit + CD Belajar 336 + Alat Ketuk). Yuran bulanan RM100. Kelas diadakan seminggu sekali sahaja samada Isnin ataupun Rabu. Mulai jam 8.30 mlm - 10.30 mlm. Part ni la yg mcm xbape best kan? seminggu skali je? So dalam hati dah terdetik, bape lama akan amik masa untuk faham dan ingat kalu kelas seminggu skali? Pastu malam pulak tu? agak2nye la, boleh ke Hafiy tu belajar time2 camni ye? Slalu tu pkl 8 mlm je dah tdo..
 
Tapi xpe la, kita cuba dulu..nak belajar ni kena ada niat yang elok..baru bermanfaat.. (^_~)

No comments: